Followers

Sunday, March 19, 2017

Jelfinee Juani.. Bila niat seorang ayah jadi nyata. Sesi Ujibakat Bintang Kecil RTM 2017.





Jelfinee Juani kanak-kanak istimewa menawan Kundasang dengan suara kerinduannya buat mendiang ayah.






Teringat perbualan bersama Jelfinee di dalam kereta, sewaktu tiba di Kundasang. Perjalanan hampir 2 jam. Hanya berdua. Demi memenuhi hasrat dan janji bersama ayahnya 3 bulan yang lalu untuk membawa Jelfinee mengikuti apa jua ujibakat nyanyian. Namun, 12 Januari lalu, ayahnya telah pergi buat selama-lamanya..
Aku : Jelfinee, kenapa.. kau 'sejuk'kah tu?
Jelfinee : (Mengangguk kepala dan diam)
Aku : Lagu Bertakhta Di Hati ni untuk siapa.. di pisah takdir meniti saat bersulam cinta.. meniti hari bersulam tangis. (Aku membacakan lirik lagu)
Jelfinee : Untuk... (menangis dan menutup wajahnya dengan telapak tangan)
Aku : Mari pandang mata ini. Kita datang sini untuk menunaikan niat ayahmu. Terpilih atau tidak itu bukan tujuan utama. Pastinya kau antara sepuluh orang yang terbaik. Segalanya bergantung pada takdir Tuhan. Yakinlah, jika bukan nasibmu hari ini, hari lain pasti ada.
Jelfinee : (Mengangguk dan mengukir senyum)
Aku : Sekejap lagi kita turun. Tarik nafas. Ingat, nyanyi untuk bapa. Tawan ini Kundasang dengan suara kerinduanmu buat ayah.
Jelfinee : Bersedia sudah. (Menarik nafas dalam sambil tersenyum penuh semangat)
Aku : (Ketika melihat Jelfinee dalam sesi ujibakat, sebak menyelubungi diri. Terbayang wajah ayahnya tersenyum melihat saat manis ini.Saudara Juani@ Anag, kini niatmu menjadi nyata)...

Jelfinee Johan Bintang Kecil MSSD, Pitas Sabah 2017. Lagu syahdu penuh penghayatan untuk mendiang ayah memukau rasa terharu.

Klik Sini